10 Jenis makanan kurangkan kolestrol
Kolestrol dihasilkan dalam badan oleh HATI dengan jumlah di antara 800 hingga 1000 mg sehari. Pengambilan dari sumber makanan dikatakan sangat kecil pengaruhnya terhadap peningkatan kepekatan kolestrol badan. Namun begitu pengambilan harian perlu dihadkan kepada 300 mg sahaja.
Kolestrol adalah salah satu bahan yang menjadi punca kepada penyakit jantung. Apabila tahap kolestrol menjadi tinggi di dalam darah, ia berpotensi untuk melekat pada dinding saluran dadah. Apabila ini terjadi, saluran darah akan menyempit dan tersumbat.Proses ini dipanggil ATHEROSCLEROSIS.
Apabila ini terjadi, individu itu akan mengalami penyakit jantung, strok, masalah pendengaran, penglihatan dan kecerdasan minda seseorang.
AMALKAN MAKANAN INI!
Perkara pertama untuk mendapatkan diet jantung sihat ialah dengan mengurangkan pengambilan lemak "tidak baik" terutamanya lemak tepu dan lemak trans. Anda mungkin perlu untuk memperbaiki diet anda dan menambah pengambilan makanan khas untuk membantu mengurangkan kolestrol.
Berikut disenaraikan 10 jenis makanan untuk membantu mengurangkan kolestrol:
1. EPAL
Pektin epal ialah serat larut yang membantu mengeluarkan kolestrol daripada system badan. Flavonoids (Quercetin) yang terdapat di dalam epal bertindak sebagai anti-oksidan yang membantutkan prose pengumpulan LDL kolestrol "jahat" di dalam saluran darah.
2. KEKACANG
Kombinasi kekacang dengan beras perang,bijirin, jagung dan gandum membolehkan anda mendapat sumber protein yang lengkap.Kombinasi kekacang yang tepat boleh menjadi ganti kepada protein daging merah yang mengandungi tinggi lemak tepu.
3. BERAS PERANG
Minyak yang terdapat dalam beras perang mengurangkan kolestrol. Beras perang boleh digabungkan dengan kekacang untuk mendapatkan protein lengkap yang rendah lemak tepu. Tambahan lagi, beras perang membekalkan dos serat yang baik untuk jantung, magnesium dan vitamin B.
4. KULIT KAYU MANIS
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Diabeter Care mendapati bahawa pengambilan setengah sudu teh kulit manis sehari dapat mengurangkan kadar gula dalam darah bagi pesakit diabetes Type 2. Ia juga mengurangkan triglyceride, LDL, kolestrol "jahat" dan keseluruhan jumlah kolestrol dalam badan.

5. BAWANG PUTIH
Bawang putih mengandungi bahan kimia alicin yang terbukti dapat membunuh bakteria kulat serta mengurangkan beberapa jenis masalah penghadaman. Ia juga boleh mengurangkan bahan-bahan yang menyebabkan darah tersumbat dalam darah.
6. ANGGUR
Flavanoids dalam anggur melindungi kolestrol LDL daripada kerosakan radikal bebas dan mengurangkan penggumpalan platelet. Efek pengurangan LDL dalam anggur datang daripada kompaun yang dihasilkan oleh anggur untuk mengelakkan kulat. Anggur yang berwarna lebih gelap adalah lebih baik.
7. OAT
Oat mengandungi serat larut yang mengurangkan kolestrol "jahat" LDL (low-density lipoprotein). 5 hingga 10 gram serat larut per hari dapat mengurangkan kolestrol LDL sebanyak 5 peratus. mengambil 1.5 cawan oat yang dimasak membekalkan 4.5 gram serat - cukup untuk mengurangkan kadar kolsterol anda.
8. IKAN SALMON
Komponen kesihatan yang plaing utama di dalam ikan salmon termasuklah asid lemak Omega 3 dan protein. Komponen-komponen ini memberi kesan baik kardiovaskular. The American Heart Association mencadangkan seseorang individu itu untuk mengambil sekuarng-kurangnya dua hidangan ikan per minggu dalam diet, terutamanya ikan berlemak (salmon, tuna, kembunng, sardine, ikan bilis dan herring).
9. PRODUK SOYA
Komponen penting yang amat berguna di dalam kacang soya ialah isoflavones dan serat larut. Isoflavones bertindak seperti hormon manusia yang mengawal turun naik kolestrol LDL. Semua jenis produk soya adalah sumber protein yang lengkap.
10. WALNUT
Walnut bagus untuk mengurangkan kolestrol dalam darah kerana ia kaya dengan polyunsaturated fatty acids. Walnut dan badam dapat membantu saluran darah untuk kekal sihat dan elastic sebanyak
12 peratus.
Apakah vitamin yang sekurang-kurangnya ada demi mengawal kandungan kolestrol dalam darah terutama dalam mengawal kolestrol jahat iaitu LDL.
1. VITAMIN C- 500 mg
Vitamin C sangat perlu dan penting untuk pembuluh darah. Salur darah yang kurang vitamin C ibarat getah paip yang reput dijemur matahari dan bila2 masa sahaja boleh pecah.
2. GLA COMPLEX
GLA ianya mengandungi vitamin E disamping ianya berfungsi untuk menstabilkan keadaan hormone di dalam tubuh badan kita. Ianya juga membantu membakar lemak di dalam salur darah. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung. Mengawal kencing manis dan darah tinggi. Mengawal kolesterol dan bagus untuk fungsi saraf.
3. OMEGA GUARD
4. ESP
Menurunkan penghasilan LDL teroksida, penghasilan komposisi asid amino,
menyamai kandungan protein lengkap tanpa kolesterol, soya (yang tidak diubah
genetik, seperti ESP) bertindak secara 'magik' ke atas kolesterol.
Siti Nor Jihan


Tiada ulasan:
Catat Ulasan